Wednesday, February 17, 2010

Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar 2010

.
.
.Pertandingan Debat Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah diadakan untuk mencungkil bakat pengucapan awam yang terbaik dalam kalangan pelajar. Gelanggang perdebatan ini juga melatih pelajar-pelajar untuk mempertahankan hujah yang dibangkitkan dan disokong dengan bukti. Selain itu kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan dan menyempurnakan perdebatan dengan sempurna.

Butir-butir kejohanan debat adalah seperti berikut;

TARIKH
- 8hb-11hb Julai 2010

TEMPAT
- Dewan Negara Kuala Lumpur

KATEGORI DAN FORMAT
- Pertandingan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Setiap pasukan diwakili oleh 4 peserta (3 peserta utama dan 1 peserta simpanan). Pertandingan ini berdasarkan format Debat Ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan system “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan – pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Melalui sistem ini, pertandingan akan diadakan secara kalah mati.

PENYERTAAN
- Borang jawapan penyertaan hendaklah diisi lengkap dan dihantar 2 bulan sebelum pertandingan debat diadakan.

HAKIM
- Hakim pertandingan Debat Ala-arlimen akan dilantik dalam kalangan pendebat berpengalaman peringkat universiti. Langkah ini perlu bagi memenuhi kualiti penghakiman yang telus dan berkualiti tinggi. Jika terdapat penyertaan 10 buah pasukan, setiap bahasa memerlukan 5 orang hakim tetap maka jumlah hakim yang diperlukan seramai 15 orang hakim.




TAJUK-TAJUK USUL KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR 2010 (Bahasa Arab)

موضوعات المناظرة

1 - مشاركة الشباب في السياسة ضرورة.
Penglibatan belia dalam politik suatu keperluan

2 - التدريب العسكري لطلاب المدارس الثانوية ضرورة.
Latihan ketenteraan kepada para pelajar sekolah menengah suatu keperluan

3 انحلال أخلاق الشباب سبب تخلف الدول الإسلامية.
Kemerosotan Akhlak belia sebab kemunduran negara2 Islam

4 التخصص الأكادمي في المرحلة الثانوية أفضل.
Pengkhususan akademik di peringkat sekolah menengah adalah langkah terbaik

5 - الاهتمام بالبيئة أفضل من الاهتمام  بالاقتصاد.
Keprihatian kepada alam sekitar lebih baik dari tumpuan kepada sektor ekonomi

6- رفع الدعم عن السلع والخدمات ضرورة.
Pemansuhan subsidi barangan pengguna dan perkhidmatan satu keperluan

7- موقع (Facebook)  ضرره أكثر من فوائده.
Laman sesawang Facebook lebih banyak keburukannya berbanding faedahnya

8-التدريب الرياضي خارج البلاد أفضل.
Latihan sukan di luar Negara lebih baik

9- المشروعات الصناعية الكبرى سبب رئيس في ارتفاع درجة حرارة العالم. (SEMI FINAL)
Projek Perindusrtrian Gergasi sebab utama peningkatan suhu dunia

10- تدخل من قبل منظمة ASEAN في الشؤون الداخلية للدول الأعضاء ضرورة  (FINAL)
Campurtangan  ASEAN dalam hal ehwal dalaman Negara-negara anggota satu keperluan

Gambar kenangan 2009